Monday, September 7, 2009

Kumpulan 4 - Soalan 5.



Topik :Bincangkan
kesan positif dan negatif kedatangan
pelancong asing ke negara kita.



Pendahuluan


- Negara kita sedang mengorak langkah demi langkah – merealisasikan Wawasan 2020 – saban hari – kerajaan sering – menguar-uarkan – program untuk menggalakkan sektor pelancongan – terutamanya pelancong dari luar negara.
- Sektor pelancongan – memberikan – sumbangan besar – terutamanya – Mantan PM – Tun Dr Mahathir – ikhtibarnya membinaKLIA – Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Sri Dr Ng Yen Yen - seruan kepada industri pelancongan –kempen – memikat hati para pelancong – kempen-kempen seperti ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dan ‘Visit Malaysia 2009’ – amat berkesan – nama tempat pelancongan terkenal Malaysia – meniti dari bibir ke bibir – seluruh dunia – sehingga kini – bukan sahaja pelancong tempatan, bahkan pelancong asing turut menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk beristirahat – melapangkan minda.




Isi 1






- Industri pelancongan – banyak mendatangkan kemaslahatan kepada negara.




->> Meningkatkan ekonomi negara.




- Hal ini demikian kerana – dalam negara – pesat membangun – modal/wang – amat diperlukan – merealisasi impian negara mencapai kemajuan – tertinggi – memperkenalkan nama negara kepada pentas dunia – banyak membantu untuk merealisasikan visi kudsi kerajaan – capai Wawasan 2020 .
- Usaha kerajaan mewujudkan – industri pelancongan – memberikan hasil yang lebih lumayan daripada yang diharapkan – di samping menengkatkan ekonomi negara – khazanah alam semula jadi negara – yang sedia ada – merupakan faktor – yang mampu menjayakan – industri pelancongan.
- Dengan ini – kedatangan pelancong asing ke dalam negara – meningkatkan aliran mata wang dari luar negara – ke dalam negara – meningkatkan hasil negara – lebih berpotensi – menjadikan negara – lebih maju – bak kata pujangga ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara gergasi yang lain.


Isi 2



-Jika ditelusuri – perspektif lain – kedatangan pelancong asing ke negara kita – dapat:




->> Menambahkan peluang pekerjaan




-Hal ini – meningkat taraf ekonomi negara – mampu membasmi kemiskinan – kadar kemiskinan negara menurun
-penduduk – mampu memiliki rumah sendiri – kurang – bilangan rumah setinggan – memajukan tempat-tempat terpencil.


Isi 3



- Walau bagaimanapun – kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita – mendatangkan impak yang kronik – terutamanya dalam kalangan masyarakat.
- Dari segi kesihatan – kedatangan pelancong asing – meningkatkan peluang – penyakit-penyakit kronik berjangkit – cth: Influenza A : H1N1 dan SARS – menjangkit kepada warganegara sendiri.
- Secara tuntas – membahayakan rakyat sendiri – boleh membawa maut - mewujudkan perasaan ragu-ragu antara satu sama lain
- Selain itu – mampu – melumpuhkan ekonomi negara
-menggagalkan impian dan harapan kerajaan.



Isi 4






- Sekiranya ditelusuri dari perspektif yang lain – pelancong asing – terutamanya dari negara Barat – mempengaruhi masyarakat negara – terutamanya generasi muda
- Hal ini berlaku apabila – pelancong dari negara Barat – membawa masuk budaya kuning – kurang sihat – salah di sisi adat resam – tidak menghormati budaya Timur – menjolok mata dan kurang senonoh dari segi pakaian – mempengaruh remaja mengikut cara hidup mereka – cth: merokok, melepak di pusat membeli-belah, menggunakan kata-kata yang kurang sopan, boros berbelanja dan sebagainya.
- Pemuda sebagai pemimpin negara kelak – tidak diawasi dengan betul – tidak dapat mengekalkan keadaan negara yang berdaulat.
- kita mesti sedar bahawa memang tidak bereti negara kita maju padahal keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat.

Penutup






Intihanya – sudah terang lagi bersuluh – kedatangan pelancong asing – mendatangkan kebaikan – namun begitu – undang-undang harus dikuatkuasakan – agar kedatangan pelancong asing – dapat diawasi dan dipantau – barulah kita dapat menikmati kemaslahatan – dengan sepenuhnya – serta mengelakkan – daripada terjadinya kes-kes yang tidak diingini – jangan kita – ‘terhantuk baru terngadah’ – seyogianya menjangkau sepenuh tangan – jika tidak – impian kerajaan mencapai Wawasan 2020 – ‘angan-angan Mat Jenin sahaja’.









-TamaT-









Kosa Kata -




1. Meniti dari bibir ke bibir - Menjadi topik perbualan utama.




2. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - setaraf; di pangkat yang sama.




3. Sudah terang lagi bersuluh - memang tidak dapat dinafikan.




4. Terhantuk baru terngadah - sudah terkena baru teringat-ingat.




5. Angan-angan Mat Jenin - harapan yang mustahil.



No comments:

Post a Comment

A place for your thoughts...